Soalan:
Assalamualikum wm wbrt SS Ustz Mohamad Abdul Kadir semoga berada dalam keadaan yang sihat sejehtra, Seandainya ketika solat fardhu atau sunat saya mengalami asthma, boleh ke saya menghidu inhaler( pump dlm mulut). Ini untuk isu asthma yang kronik. Mohon pencerahan wallahualam.
Jawapan:
Saya terjemahkan jawapan dari alSyeikh Dr. Sulaiman alMajid berkaitan soalan anda di bawah ini:
استعمال الشخص لبخاخ الربو في أثناء الصلاة إذا احتاج إليه المريض لا حرج عليه في ذلك، فهو ليس أكلاً ولا شرباً، فالمصلي يحتاج إلى أشياء هي أقل من ذلك أباحها له العلماء، فيما يجوز من العمل في الصلاة، فإذا احتاج إلى ذلك لضيق؛ فإنه أدعى إلى خشوعه في الصلاة وأداء مقاصد الصلاة، فلا يؤثر هذا في صلاته. والله تعالى أعلم.
Maksudnya: "seseorg menggunakan inhaler ketika solat apabila dia sakit dan memerlukannya TIDAK MENGAPA. Ia (menggunakan inhaler) bukanlah makan dan bukan juga minum. Maka seorg yg sedang solat memerlukan beberapa perkara yg sedikit maka para ulama mengharuskan perbuatan itu di dlm solat. Maka apabila diperlukan kepada perkara seumpama ini kerana berlaku kesempitan atau kesusahan, ia pula boleh membantu khusu' di dlm solat dan menunaikan tujuan solat, maka perbuatan itu tidak memberi kesan (buruk) kpd solatnya. Wallahu a'lam."