SDI 0594: Dah Jamak Qasar, Tapi Sampai Awal. Nak Buat Apa?

Soalan:  
 
asalamualaikum ustaz, ana ada soalan.. 
Kami bermusafir pulang ke tempat kami dari kedah ke UIAM, bertolak dari kedah lebih kurang jam 11 pagi. Lebih kurang jam 2 petang, kami berhenti di RNR tapah untuk bersolat jamak & qasar untuk zohor dan asar. akan tetapi, lebih kurang jam 3.30 petang kami telah tiba di UIAM iaitu asar ketika itu belum masuk waktu lagi sedangkan kami sudah menjamakkan nya tadi. Soalan saya, sah ka solat jamak & qasar kami tadi. ? kalau tak sah, apa yang perlu kami lakukan. 
 
Jawapan: 
 
Solat jamak dan qasar itu Sah. Tak perlu buat-apa-apa lagi. Jika anda semua hadir ke masjid kerana mendengar azan, maka solatlah bersama jemaah masjid, solat kedua anda semua itu menjadi solat sunat.
 

Cetak  
Wallahu a'lam