AS SALAM USTAZ
SAYA INGIN MEMOHON PENCERAHAN BERKAITAN AQIQAH
SOALAN SAYA
1. Apabila ibu bapa tidak mampu membuat aqiqah anakny ketika berusia 7,14 dan 21 hari hingga anak itu dewasa dan berkahwin....adakah wajid bagi ibu bapa tersebut untuk melakukan aqiqah pada anaknya yang sudah dewasa tadi sekiranya sudah berkemampuan?....
2. Namun begitu,setelah berkemampuan ibu bapa tersebut telah melakukan ibadah qorban atas nama anaknya....adakah perlu untuk ibu bapa tersebut melakukan aqiqah untuk anaknya itu?
Jawapan:
Wa'alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.
1. Akikah hukumnya sunat bagi yang berkemampuan bukannya wajib. Tuntutan melakukan akikah untuk anak tamat setelah si anak mencapai umur baligh.
2. Ibadah korban juga sunat hukumnya berdasarkan pandangan majoriti ulama. Boleh lakukan korban atas nama anak.