Solat sunat sebelum Subuh yang dilakukan oleh Nabi SAW adalah solat yang ringkas. Kadang-kala selepas membaca al-Fatihah dalam rakaat pertama baginda membaca ayat قُولُوا آَمَنَّا بِاللَّهِ sehingga sempurna satu ayat iaitulah ayat dari surah al-Baqarah: 136. Pada rakaat kedua pula selepas membaca al-Fatihah baginda membaca قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ sehingga sepurna satu ayat 64 dari surah Ali Imran. Kadang-kala pula baginda membaca dalam rakaat kedua ini ayat فَلَمَّا أَحَسَّ عِيسَى مِنْهُمُ الْكُفْرَ sehingga sepurna ayat 52 dari surah Ali Imran, berdasarkan riwayat Muslim dan Abu Daud.
Dalam riwayat Muslim dan Abu Daud juga menunjukkan, kadang-kala bagainda membaca surah al-Kafirun dalam rakaat pertama dan surah al-Ikhlas dalam rakaat kedua solat sunat sebelum Subuh selepas membaca al-Fatihah.
Selain itu terdapat juga riwayat Abu Daud yang di nilai sahih oleh al-Albani, Nabi SAW juga kadang-kala ada membaca dalam dua rakaat sunat sebelum Subuh, selepas membaca al-Fatihah ayat قُلْ آَمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ عَلَيْنَا dari surah Ali Imran: 84 dalam rakaat pertama. Ayat رَبَّنَا آَمَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ dari surah Ali Imran: 53 dalam rakaat kedua atau dengan ayat إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَا تُسْأَلُ عَنْ أَصْحَابِ الْجَحِيمِ dari surah al-Baqarah: 119.