Soalan:
Assalamualaikum ustaz..nak tanya hukum berdoa (menadah tangan) selepas solat fardhu .. Jazakallah ustaz
Jawapan:
Tidak dijadikan kelaziman, kerana tiada riwayat yang menunjukkan Nabi SAW berdoa dengan mengangkat kedua-dua tangan selepas Solat. Namun tidak mengapa jika berdoa dengan mengangkat dua tangan selepas solat fardhu kerana ada keperluan tertentu, ia termasuk keumuman doa.