SDI 0570: Bila Boleh Mula Solat Ghaib?

Soalan: 

Ustaz, sempena perginya Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din, kami AJK Masjid di Perlis berhasrat mengadakan solat Jenazah Ghaib. Bagaimana dengan waktu solat? Boleh sebelum kebumi atau selepas kebumi? Atau sekadar selepas dimandi dan dikafankan? Sebab semalam dah ada nak solat ghaib selepas Jumaat....

Jawapan:

Solat ghaib adalah solat jenazah. Bezanya jenazah tiada di hadapan kita. Hukum solat ghaib adalah sama dengan solat jenazah biasa, inilah hukum Asalnya. Oleh itu solat hendaklah dilakukan setelah dipastikan jenazah telah dimandi dan dikafankan.


Cetak  
Wallahu a'lam