1) Kelebihan puasa hari "Arafah. Nabi SAW bersabda:
صيام يوم عرفة أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والسنة التي بعده
Maksudnya: "Puasa hari Arafah, aku mengharapkan Allah akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang." (Riwayat Muslim)
2) Kenapa puasa Asyura hanya dihapuskan dosa 1 tahun, manakala puasa Arafah dihapuskan dosa 2 tahun? Kata Imam Ibn alQayyim: "Pertama: hari Arafah berada dalam bulan yang mulia, sebelumnya juga bulan yang mulia (Zul Qaedah), selepasnya juga bulan yang mulia (Muharram). Berbeza dengan hari Asyuraa'. Kedua: Puasa hari Arafah termasuk dalam keistimewaan syariat kita (umat Nabi SAW). Berbeza dengan Asyura (ia juga dilakukan oleh penganut Yahudi). Maka digandakan (kelebihan) kerana keberkataan Nabi alMustafa." (Bada'ie' alSina'ie' 4/211)
Kata Ibn Hajar: "Puasa hari Arafah lebih afdhal dari puasa hari Asyuraa'. Dikatakan hikmahnya adalah kerana puasa Asyura dinisbahkan kepada Nabi Musa AS. Manakala puasa Arafah dinisbahkan kepada Nabi Muhammad SAW. Kerana itu ia adalah lebih afdhal." (Fath alBari 4/249)
3) Bagaimana diampunkan dosa setahun akan datang? Kata alMunawi:
i- Dia dipelihara dari terjebak ke dalam dosa pada tahun hadapan. Atau;
ii- Dia akan diberi pahala dalam bentuk dapat menghapuskam dosa-dosa di dalam tahun tersebut. Atau;
iii- Dihapuskan secara hakikat. (Faidhil Qadir 4/230)
4) Penghapusan dosa untuk dosa kecil atau dosa besar juga?
Kata Ibn 'Uthaimin RH:
"Puasa hari arafah menghapuskan dosa setahun sebelum dan setahun selepasnya bagi nisbah dosa kecil sahaja. Adpun dosa-dosa besar, ia memeelukan taubat yang berasingan." (Fatawa Nur 'Ala alDarb)
5) Hukum Puasa Arafah
Kata Ibn 'Uthaimin RH: "Puasa hari arafah bagi bukan jemaah haji adalah sunat muakkad." (Majmu' alFatawa 20/46)