Hukum pegang HP utk baca alQuran ketika solat

 

Wa'alaikumus salam warahmatullah wabarakatuh. 

Ada tiga soalan dari penyoal;

Pertama: Bolehkah pegang telepon untuk baca al-Quran ketika solat. 

Jawapan: Tengak keadaan, jika solat tersbeut adalah solat sunat, maka semua ulama membenarkan memegang telepon untuk membaca al-Quran. Demikian juga dibolehkan memegang mushaf  ketika solat ketika solat sunat. Perkara ini berdasarkan perbuatan 'Aisyah RA, isteri Rasulullah SAW yang pernah menunaikan solat berimamkan hamba yang dimerdekakan oleh beliau dan hamba beliau yang telah dimerdekakan itu membaca al-Quran mengimamkan 'Aisyah solat sunat dengan melihat mushaf. 

Manakala memegang telepon dan mushaf untuk membaca al-Quran ketika solat fardhu, sebahagian ulama memakruhkan, kerana perbuatan itu mengurangkan atau ia menyalahi perbuatan solat yang dilakukan oleh Nabi SAW. Kerana itu, memegang mushaf hanya dilakukan di dalam solat sunat. 

Kedua: Bacaan tahiyyat akhir tak mampu hafal, hanya mampu membaca dua kalimah syahadah sahaja, pada tahiyyat akhir, sahkah tahaiyyat ini ustaz? 

Jawapan: Kalau dia baru masuk Islam atau dia baru tahu tentang perkara tersebut, maka sah solatnya jika ia tidak mampu untuk menghafal bacaan tahiyyat akhir, maka dia solat dengan membaca syahadah dan al-Baqiyat al-Salihat iaitulah membaca Subahanallahu wal hamdulillah, wala ilaha illallahu wallahu akbar, dia ulang pada kadar bacaan tahiyyat akhir, maka solatnya sah. 

Akan tetapi bagi seorang yang telah lama memeluk Islam. Mustahil untuk dia tidak dapat menghafal tahiyyat akhir melainkan perkara itu berlaku kerana kecuaian dia. maka dia berdosa di atas kecuaian tersebut. Wajib dia berusaha menghafal bacaan tahiyyat akhir. Bagi orang yang susah menghafal, boleh ketika dia solat, dia melihat catitan untuk membaca tahiyyat akhir dan selawat, kerana tahiyyat akhir dan selawat itu termasuk di dalam rukun solat yang mana tidak sah solat jika tidak membacanya.

Adapun hanya sekadar dua kalimah syahadah, tidak memadai dengan dua kalimah syahadah. Ia mesti dengan lafaz-lafaz tahiyyat, iaitulah التحيات المباركات الصلاوات الطيبات لله sehinggalah dua kalimah syahadah, kemudian berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Perkara ini termasuk di dalam rukun solat yang jika tidak dilakukan, menyebabkan tidak sah solat yang ditunaikan. 

Kerana itu setiap muslim kena berusaha untuk boleh menghafal tahiyyat akhir bersama dengan selawat Nabi SAW.

Ketiga: Apa hukum merenjis air di atas kubur 

Jawapan: Bergantung kepada niat. Jika dia lakukan bagi tujuan melembabkan tanah supaya tanah boleh kuat, maka perkara ini tiada masalah. Adapun merenjis air dengan tujuan lain. Jika ia beserta dengan khurafat, maka perkara seperti itu tidak dibenarkan.  


Cetak  
Wallahu a'lam