Hadis ini hadis yang Hasan. Kata al-Imam al-Tirmizi, kata Ibn al-‘Arabiy: “Dan telah menyebut… - Ibn al-‘Arabiy ini salah seorang ulama mazhab Maliki, dia ada syarah kitab Sunan al-Tirmizi dan nama kitab dia ‘Aridhah al-Ahwazi عارضة الأحوذي, oleh al-Qadhi Ibn al-‘Arabiy. Maknanya Syeikh Idris bukan sahaja dia mengambil pandangan –pandangan dari ulama mazhab Syafie, bahkan dia ambil juga pandangan-pandangan ulama mazhab lain. Antaranya pandangan Ibn al-‘Arabiy al-Maliki - kata Ibn al-‘Arabiy: “Dan telah menyebut Abu Isa akan ini hadis bahawasanya doa itu tiada ditolakkan antara Bang dan Qamat kerana bahawasanya ialah saat ikhlas pada niat dan saat terbuka pintu-pintu langit bagi rahmat.” Pada ketika itu, iaitulah waktu antara Azan dan Iqamah, terbuka pintu langit yang menandakan rahmat Allah SWT.
Tadi saya belum habiskan tentang solat sunat Rawatib, dua rakaat atau empat rakaat sebelum Zohor, muaakad, dua rakaat selepas Zohor muakkad, berdasarkan sebahagian pandangan ulama, dua rakaat atau empat rakaat sebelum Asar juga ada dan disunatkan berdasarkan hadis:
رحم الله امرءا، صلى قبل العصر أربعا
Maksudnya: “Allah merahmati seseorang yang menunaikan solat sebelum ‘Asar empat rakaat.”
Jadi sebelum Asar boleh buat dua atau boleh juga buat empat rakaat, jika ada kesempatan buat. Tapi jika tak ada kesempatan, jangan marah AJK masjid pulak “hampa ni dok kalut sangat iqamat, bagilah orang nak buat solat sunat” tak boleh buat sedemikian. Masjid kuasanya kepada AJK masjid. Mereka berhak membuat pertimbangan untuk ahli karyah apa yang sewajarnya. Kalau AJK buat keputusan iqamat lima minit selepas azan, maka demikianlah. Jika AJK masjid buat keputusan iqamat 10 minit selepas azan, maka sepuluh minitlah.
Kemudian dua rakaat sebelum Maghrib juga sabit di dalam Sunnah Nabi SAW. Cuma ia bukan muakkad, ada memang ada. Kemudian dua rakaat selepas Maghrib, muakkad. Kemudian dua rakaat sebelum isyak, bukan muakkad. Kemudian dua rakaat selepas isyak, muakkad.
Sabit juga hadis nabi SAW, Nabi SAW menganjurkan solat selepas Zohor dan Isyak empat rakaat. Ulama berbeza pandangan tentang empat rakaat selepas Isyak. Mazhab Hanafi kata keempat-empat rakaat itu rawatib. Tetapi wallahu a’lam berdasarkan semakan saya, pandangan majority ulama kata dua itu rawatib, dua lagi solat sunat mutlaq yang termasuk di dalam qiyamullail kerana ia ditunaikan selepas Isyak. Kemudian dua rakaat sebelum subuh rawatib muakkad, Nabi tidak pernah tinggal dua rakaat sebelum Subuh sama ada ketika bermusafir atau bermuqim. Menunjukan besar kedudukan dua rakaat sebelum Subuh. Bahkan sabit di dalam hadis, Nabi SAW bersabda:
ركعتان قبل الفجر خير من الدنيا وما فيها
Maksudnya: “Dua rakaat sebelum Subuh, lebih baik daripada dunia dan segala isinya.” Menunjukkan besarnya kedudukan solat sunat qabliah Subuh. Jadi itu solat-solat sunat rawatib, kelima-lima solat fardhu ada solat sunat qabliah. Cuba ulama berbeza dari sudut yang mana muakkad. Yang saya sebut sebentar tadi adalah salah satu pandangan