Friday, September 11, 2015
Sunnah Dalam Merapatkan Saf
Soalan:
Assalamu'alaikum ustaz.Apabila berada di masjid imam selalu berpesan supaya merapatkan dan meluruskan saf.Boleh ustaz perincikan tentang merapatkan saf dan meluruskan saf?Kadangkala bila berjemaah di masjid saya cuba merapatkan saf dengan makmum disebelah saya tapi dia makin menjauh seolah2 dia tidak selesa bila saf dirapatkan.Agaknya sebab dia merasa sempit.
Jawapan:
Menyempurnakan saf merangkumi 3 perkara:
1) memenuhkan saf awal baru buat saf yang kedua dan berikutnya.
2) meluruskan saf, sehingga menjadikan ia lurus tidak bengkok.
3) merapatkan saf dalam erti kata setiap jemaah menyentuh jemaah yang ada di sebelahnya.
Pandangan al-Bukhari dan Ibn Taimiyyah, hukum menyempurnakan saf ini adalah wajib.
Soalan:
adakah kaki perlu dirapatkan juga dgn orang di sebelah, atau memadai dengan merapatkan bahu?
ada yg berpendapat bahawa bukaan antara dua kaki hanyalah sejengkal atau 4 jari shj.
mohon pencerahan.
Jawapan:
Yang penting anggota badan bersentuhan antara sesama jemaah. Maksud yang dikehendaki ialah merapatkan saf dan bersungguh dalam melaksanakan perintah tersebut.
Bukaan kaki, antara pandangan yang terbaik pada pemerhatian saya ialah pandangan yang dilontarkan oleh Ibn Uthaimin, iaitulah kedudukan kaki hendaklah selari dengan bahu. Baru saf menjadi rapat dan dapt dielakkan ruang kosong yang ketara di antara jemaah.