Hukum Baca Basmalah Selepas al-Fatihah

Soalan:
 
Assalamualaikum ustaz..
Nak tanya ketika nak mula baca surah selepas membaca al-fatihah dalam solat, bismillah dibaca secara sirr atau tidak perlu dibaca langsung?
Jazakallahu khaira
 
Jawapan:
 
Sunat membaca Basmalah sebelum membaca surah selepas al-Fatihah. Iaitulah jika surah itu dibaca dari permulaannya. Jika bukan dibaca dari mula, maka diberi pilihan sama ada hendak membaca Basmalah ataupun tidak. Pandangan yang lebih kuat ialah, bacaan Basmalah di dalam solat dibaca secara sirr (perlahan).

Cetak  
Wallahu a'lam