Soalan:
Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya. Semasa saya solat jenazah sedang semua bebaris dalam saf. Pernah dua kejadian waktu dan tempat berlainan. Iman tersebut ada meyebut supaya pastikan bilangan baris saf solat tu bilangan ganjil. Sepanjang pengetahuan saya yg sedikit ini belum pernah saya dengarkan suruhan begitu atau saya belum tahu. Soalan saya adakah ini mengikut sunnah? Minta pencerahan ustaz. Terima kasih.
Jawapan:
Yang Aula (lebih utama) menjadikan saf solat janazah kepada tiga (3) saf berdasarkan hadis yang driwayatkan oleh Ahmad, al-Tirmizi, Abu Daud dan al-Hakim. Hadis ini dinilai Sahih oleh al-Hakim dan Hasan oleh al-Tirmizi di dalam Sunannya. Jika jemaah ada empat (40 orang, memadai menjadikan dua (2) saf, dua orang-dua orang.