Minta Allah kurniakan khusu' di dalam solat dan Iman tidak memadai sekadar tahu & yakin semata-mata

 

Seperti yang saya sebut tadi tuan-tuan, kita kena mintak dari Allah taala. Antara perkara yang kita kena mintak dari Allah taala, dan saya percaya ramai di kalangan kita tak mintak, iaitulah mintak supaya Allah kurniakan kepada kita khusu’ di dalam solat.

Sepatutnya kita merintih dekat Allah. Tuan-tuan, kita solat berapa persen khusu’ kita? Rasa macam tak ada persen. Sepatutnya selepas solat itu kita merintih kepada Allah: “Ya Allah, aku solat tapi tak ada rasa khusu’, Ya Allah kurniakan rasa khusu’ di dalam solat ku ya Allah.” Mintak macam tu kepada Allah.

Sepatutnya orang Islam apabila tak khusu’ di dalam solat, sepatutnya dia rasa takut. Dia rasa risau dan bimbang kalau solatnya tidak diterima oleh Allah SWT.

Tuan-tuan, kita kena tahu satu perkara. Iman, dia bukan sahaja tahu, bukan hanya sekadar yakin. Imam itu mesti merangkumi, keyakinan di dalam hati, perakuan pada lidah dan beramal dengan anggota badan. Dia mesti tiga ini. Kalau sekadar tahu, apa beza kita dengan iblis? Iblis yakin tak ada Allah taala? Iblis yakin tak yang Allah itu berkuasa? Iblis yakin tak yang menciptakan langit dan bumi ini adalah Allah? Iblis yakin semua ini. Tetapi keyakinan dia terhadap kekuasaan Allah, tidak mendorong dia untuk tunduk, patuh dan mengagungkan Allah taala. Maka pengetahuan semata-mata tidak memadai. Pengetahuan kita tentang Allah SWT sepatutnya mendorong kita untuk mengagungkan Allah dan segera utnuk patuh dan taat, rasa rendah diri di hadapan Allah. Sepatutnya begitu.

Kalau cukup dengan maklumat, apa beza kita dengan Abu Talib? Kata Abu Talib: “Demi Allah, sebaik-baik agama yang ada pada hari ini adalah agama yang dibawa oleh Muhammad.” Tetapi apakah dia beriman? Tidak, dia tidak beriman. Dia tidak bersedia untuk tunduk dan patuh kepada Allah dan rasul. Bukan setakat solat, untuk bersyahadahpun dia tak mampu. Dia tak mahu. Tetapi dia yakin dan percaya. Firaun, dia yakin tak? Quran bagi tahu:

وَاسْتَيْقَنَتْهَا أَنْفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا

Maksudnya:    “Dan dia (Firaun) meyakininya (kebenaran yang dibawa oleh nabi Musa). Akan tetapi dia engkar kerana bersikap zalim dan angkuh.”

Firaun yakin nabi Musa itu rasul, wahyu yang dibawa, dari Allah. Tapi apakah dia beriman? Tak beriman! Kerana itu jangan rasa selesa. Kita rasa kita datang masjid dah, sedangkan solat langsung tak khusu’. Jiran tetangga kita sakiti. Lalu kita rasa selesa? Semua itu tidak memadai. Sebaliknya antara perkara besar yang kita kena usahakan iaitulah merasai keagungan dan kebesaran ALlah, dalam masa yang sama kita kena tunduk dan patuh kepada perintah ALlah dan menjauhi tegahan-Nya


Cetak  
Wallahu a'lam