SDI 0011: Angkat Tangan Ketika Khatib Berdoa

Soalan: 
 
Assalam ustad..tumpang tanya...kalau khatib membaca doa di dalam khutab kedua,perlu ke kita mengangkat tangan berdoa....
 
Jawapan:
Tidak perlu angkat tangan, cukup sekadar mengaminkan sahaja. Inilah pandangan yang dinyatakan oleh sebahagian ulama kerana mengikuti perbuatan khatib yang tidak mengangkat tangan ketika berdoa di dalam khutbah Jumaat yang kedua.
 
Soalan: 
Bagaimana pula waktu doa diantara dua khutbah ust..?
 
Jawapan: 
Angkat boleh, tak angkat pun boleh
 
Soalan:
Ust , ucapan sambut salawat kepada nabi saw boleh di baca kuat atau tidak? Ketika imam sebut nama nabi saw..
 
Jawapan:
Dibaca perlahan dalam bentuk tidak mengganggu jemaah lain.

Cetak  
Wallahu a'lam