Soalan:
Salam. Seorang bertanya saya, pagi tadi solat fajar imam sujud tilawah 2 sujud, sujud kemudian duduk antara dua sujud kemudian sujud semula, apabila ditegur makmum, imam bangkit qiam..apakah status solat itu?
Jawapan:
Solat tersebut SAH. Di bawah ini saya buatkan huraian ringkas berkaitan penambahan yang berlaku di dalam solat.
Sepakat kesemua para ulama sujud tilawah dengan sekali sujud. Dinyatakan di dalam alMausu'ah alFiqhiyyah (24/221):
اتَّفَقَ الْفُقَهَاءُ عَلَى أَنَّ سُجُودَ التِّلاوَةِ يَحْصُلُ بِسَجْدَةٍ وَاحِدَةٍ " اهـ
Maksudanya: "Telah bersepakat para fuqahaa' bahawa sujud tilawah terhasil dengan sekali sujud."
Ini bermakna imam tersebut tlh melakukan penambahan sujud di dalam solat. Ada bbrapa keadaan:
1) Jika tambahan tersebut dilakukan dengan sengaja, ia membatalkan solat. Kata Imam Ibn Qudamah:
والزيادات على ضربين: زيادة أفعال، وزيادة أقوال: فزيادات الأفعال قسمان: أحدهما: زيادة من جنس الصلاة، مثل أن يقوم في موضع جلوس، أو يجلس في موضع قيام، أو يزيد ركعة أو ركنا، فهذا تبطل الصلاة بعمده، ويسجد لسهوه قليلا كان أو كثيرا، لقول النبي صلى الله عليه وسلم: إذا زاد الرجل أو نقص فليسجد سجدتين ـ رواه مسلم
Maksudanya: "Tambahan2 di dalam solat terbahagi kpd 2:
tambahan2 perbuatan dan tambahan2 perkataan. Tambahan2 perbuatan terbahagi kpd 2:
Salah satunya tambahan yang termasuk dari jenis perbuatan solat. Spt berdiri pd tempat yang septutnya duduk. Atau duduk pd tmp yang sepatutnya berdiri. Atau tambah satu rakaat atau satu rukun. Maka semua ini membatalkan solat jika dilakukan dengan sengaja. Ttapii jika terlupa, dia sujud kerana terlupa samad sedikut atau banyak (yang terlupa itu), berdasarkan hadis nabi saw:
"Apabila seseorg menambah atau mengurangkan sesuatu (di dalam solatnya kerana terlupa), maka hendaklah dia sujud sahwi dengan 2 kali sujud." HR muslim.
2) tambahan yang berlaku disebabkan kejahilan.
Dalam masalah ini ada perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Sbhgian ulama menjadikan kejahilan sama dengan sengaja yang membatalkan solat. Manakala sbhgian lain menjadikan kejahilan sama dengan terlupa yang tidak membatalkan solat.
Oleh itu, Sesiapa yang tidak mengulangi solat yang berlaku penambahan kerana kejahilan, mudahan2an tidak mengapa. Dan sesiapa yang mengulangi solat kerana mengambil langkah berhati2 juga tidak mengapa.