Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Soalan yang bertanya selepas memberi salam selesai solat fardhu, zikir dilakukan sendiri sendiri tapi nabi menghadap mukanya badannya ke arah makmum selepas ucapan Allahumma antassalam waminkassalam Adakah nabi mahu perhatikan jemaahnya berzikir atau untuk apa pak ustaz?
Jawapan:
Baik wallahualam, saya dengar penjelasan daripada al-Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syanqiti, beliau menyatakan tindakan Nabi segera berpaling setelah beristighfar tiga kali dan membaca Allahumma antas Salam wa minkas salam tabarakta ya zal jalali wal ikram, Nabi terus berpaling ke arah makmum, kata beliau; “adalah kerana ta-adduban” (Nabi mengajarkan adab) beradab dengan jemaah, kerana di dalam hadis, Nabi sallallahu alaihi wasallam melarang kita dari melakukan beberapa perkara sesama orang Islam antaranya ولا تدابروا iaitulah jangan saling berpaling, jangan saling menghadapkan belakang kita kepada orang lain.
Kerana itu Imam, dia menghadap ke kiblat dan menghadapkan belakang badan dia ke arah makmum, kerana itu perintah di dalam agama waktu solat perlu menghadap kiblat. Apabila selesai perintah agama untuk kita menghadap kiblat, maka kita sekarang berhadapan dengan adab sesama orang Islam.
Maka apabila tidak ada perintah untuk kita menyalahi adab tersebut, maka kita perlu kembali kepada perintah yang asal, iaitulah meraikan adab kita sesama orang Islam terutamanya jemaah yang solat bersama dengan kita.
Kerana itu Imam menghadapkan mukanya ke arah makmum setelah tiada lagi perintah dari agama untuk dia menghadap ke arah kiblat.