Hanya orang miskin yang boleh jual daging korban setelah dimilikinya

 

Soalan tidak jelas

Jawapan:

Wallahu a’lam, saya baca di dalam Mughniy al-Muhtaj oleh al-Khatib al-Syarbini, juga di dalam Hasyiah I'anah al-Talibin berdasarkan apa yang saya faham, dia kata daging ataupun kulit korban kalau diberi kepada orang yang tidak memerlukan daging sebagai hadiah, maknanya kita beri kepada orang yang bukan orang miskin sebaliknya seorang yang ada kemampuan. Maka dengan kita beri kepadanya bahagian yang dinamakan hadiah, tidak mengubah status daging itu sebagai daging korban. Bahagian hadiah tidak menjadikan oleh yang menerima daging korban sebagai seorang yang memiliki daging korban tersebut.

Oleh itu, mereka yang terima daging atau kulit haiwan korban dari bahagian hadiah, tidak boleh menjualnya.

Tetapi jika daging atau kulit haiwan korban itu diberi kepada orang miskin, pemberian itu hendaklah pemberian al-Tamlik التمليك. Seperti yang telah saya huraiankan di sisi mazhab Syafie dan Hambali, wajib memberi sekurang-kurangnya sejumlah daging korban yang layak dinamakan satu pemberian kepada orang miskin sebagai sedekah, dan pemberian itu hendaklah dalam pemberian tamlik, yang mesti daging mentah bukan daging yang telah dimasak. Kenapa wajib diberi daging mantah? Kerana jika kita beri daging yang telah dimasak, kita belum menjadikan orang miskin itu memiliki daging korban, kita hanya mengizinkan dia makan daging korban kita yang telah dimasak.

Oleh kerana itu, kena bagi daging mentah kepada orang miskin dalam bentuk dia memilikinya sehingga mereka dapat menggunakannya ikut keperluannya, sekalipun dia hendak menjual daging itu, dia boleh melakukannya.

Jadi, kalau kulit yang tak ada orang nak itu, kita serahkan kepada orang miskin dalam bentuk dia memilikinya, setelah itu dia boleh jual kulit tersebut. Cara ni kita boleh selesaikan masalah kulit yang tak ada orang nak, tapi boleh dimanfaatkan.

Kalau beri kepada orang bukan miskin, dia tidak memiliki daging dan kulit korban tersebut, kerana korban itu adalah korban ibadah yang telahpun bebas pemilikannya dari orang-orang yang tidak memerlukannya. Jadi orang yang mendapat daging korban dari bahagian hadiah, tidak memiliki daging tersebut dan tidak boleh menjualnya.


Cetak  
Wallahu a'lam