SDI 1378: Terlupa Baca sami'allahu liman hamidah

Monday, December 7, 2009 


Soalan:

Ingin saya bertanyakan soalan2 ini...

1)jika seorang imam itu melafazkan 'allahhuakbar' selepas rukuk,sah atau tidak shalat para jemaah?jika tidak sah,
sila huraikan,dan jika sah,apa yang harus ma'mum menjawab?

2)perlukah imam mengulangi bacaan fatihah-nye jika beliau bersin atau batuk sebelum selesai fatihah-nye?

3)adakah wajib bagi seorang imam menuggu ma'mum menyelasaikan bacaan surah al-Fatihah sebelum
meneruskan rukun2 salat yang lain...

terima kasih..

Jawapan:

1. Para ulama berbeza pandangan tentang hukum التسميع iaitu sebutan sami'allahu liman hamidah ketika bangun untuk melakukan i'tidal di dalam solat. Ringkasannya seperti di bawah:

- Jumhur, iaitu al-Malikiyyah, al-Syafi'iyyah dan al-Ahnaf: SUNAT.
- al-Hanabilah; WAJIB.

Di sisi mazhab al-Syafie, bacaan sami'allahu liman hamidah (tasmi') temasuk di dalam al-Intiqalaat yang dikira sebagai sunat hai-aat yang tidak perlu diganti dengan sujud al-Sahwi.

Di sisi mazhab Hambali pula, sesiapa yang merubah kedudukan tasmi' kepada takbir ketika bangun daripada ruku' hendaklah dia melakukan sujud sahwi.

*** Tidak boleh sengaja mengubah bacaan tasmi' kepada takbir, kerana Nabi SAW bersabda (mafhumnya): "Solatlah kamu semua sepertimana kamu melihat aku menunaikan solat."
 
Rata-rata masyarakat kita bermazhab Syafie, maka solat imam dan jemaah tersebut adalah sah kerana tasmi' hukumnya sunat.

2. Perlu diulang ayat yang terputus kerana bersin. Tidak perlu mengulangi surah dari awal.

3. Tidak wajib imam menunggu habis makmumnya membaca al-Fatihah.

Cetak  
Wallahu a'lam