Tuesday, October 13, 2009
Soalan:
Seorang wanita musyrik bernazar hendak menyembelih seekor kambing pada setiap tahun kerana Allah, akan tetapi dia masih belum melakukannya, setelah itu dia dihidayahkan oleh Allah S.W.T. dan memeluk Islam, apakah yang dia perlu lakukan?
Jawapan:
Jawapan: Dr. Abdullah bin Muhammad al-Tayyar
Pensyarah Fiqh di Uni. al-Qasim
Penterjemah: Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak
Nazar melakukan ketaatan wajib ditunaikan berdasarkan sabda Nabi SAW :
Nazar melakukan ketaatan wajib ditunaikan berdasarkan sabda Nabi SAW :
من نذر أن يطيع الله فليطعه، ومن نذر أن يعصيه فلا يعصه
Maksudnya: “Sesiapa yang bernazar melakukan ketaatan kepada Allah, maka hendaklah dia lakukannya, dan sesiapa yang bernazar untuk melakukan maksiat, maka jangan dia lakukannya.”
Nazar wanita ini, diketika dia masih musyrik (kafir), apabila ianya merupakan suatu ketaatan, maka setelah dia memeluk Islam, wajib dia menunaikan nazar tersebut. Sekiranya dia bernazar: “Aku bernazar, sekiranya Allah menyembuhkan-ku dari sakit ku ini, aku akan menyembelih seekor kambing setiap tahun, maka wajib dia menunaikan nazarnya itu, melainkan sekiranya dia tidak mampu, maka wajib ke atasnya kafarah sumpah, (setelah menunaikan kafarah sumpah), maka dia terlepas dari nazarnya. Allah SWT memuji orang-orang yang menunaikan nazar mereka dengan berfirman:
يُوفُونَ بِالنَّذْرِ وَيَخَافُونَ يَوْمًا كَانَ شَرُّهُ مُسْتَطِيرًا
Maksudnya: “Mereka menunaikan nazar dan mereka takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana.” (al-Insan: 7)
Adapun jika dia bernazar melakukan maksiat, seperti katanya: “Jika Allah menyembuhkan aku dari sakitku ini, aku akan menyembelih seekor kambing di kubur fulan.” Maka nazar sebegini tidak boleh dia tunaikannya, sebaliknya dia perlu melaksanakan kafarah sumpah dengan memberi makan 10 orang miskin atau memberi pakaian kepada mereka, jika dia tidak mampu hendaklah dia berpuasa 3 hari berturut-turut berdasarkan firman Allah SWT:
فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ذَلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ
Maksudnya: “Maka kafarahnya ialah dengan memberi makan 10 orang miskin dari makanan yang biasa kamu berikan kepada ahli keluarga kamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang hamba. Barangsiapa yang tidak sanggup melakukan yang demikian itu, maka hendahklah dia berpuasa 3 hari, yang demikian itu merupakan kafarah sumpah kamu apabila kamu bersumpah (dan kamu langgar).” (al-Maidah: 89)