Soalan:
Apa pandangan islam jika org sakit sujud di atas kerusi spt dalam gambar?
Jawapan:
Ada perbezaan pendapat ulama dalam masalah ini. Di dalam alMausu'ah alFiqhiyyah alKuwaitiyyah dinyatakan:
Jika seseorg itu tidak mampu sujud dan memungkinkan dia meninggikan bantal atau seumpamanya untuk sujud di atasnya: (dalam persoalan ini) para di ulama mazhab Hanafi dan Maliki berpandangan dia hanya perlu melakukan isayaarat untuk ruku' dan sujud. Tidak perlu ditinggikan sesuatu agar hampir kpd muka untuk sujud di atasnya. Mereka berdalilkan dengan hadis yang diriwayatkan daripd Jabir RA:
Bahawa Nabi SAW pernah menziarahi seorg pesakit. Baginda melihat org itu solat di atas bantal, lalu baginda mengambil bantal tersebut dan membuangnya. Lalu org itu mengambil sebatang kayu untuk solat (sujud) di atasnya. Baginda sekali lagi mengambil kayu itu dan membuangnya seraya bersabda:
"Tunaikan solat di atas lantai jika kamu berkemampuam, jika tidak mampu, maka lakukan isayaarat dan jadikan sujud kamu lebih rendah daripada ruku'."
Ulama mazhab alSayaafie dan Hambali pula berpandangan (org sakit) boleh sujud di atas sesuatu yang ditinggikan. Boleh juga membuat isayaarat sahaja untuk sujud. Org yang sakit itu diberi pilihan nak buat yang ini atau yang itu. Ini kerana kedua2nya ada diriwayatkan dari Rasulullah SAW. Hal ini berdasarkan perkataan Abdullah bin Ahmad bin Hambal:
"Aku bertanya kpd bapaku tentang org sakit yang sujud dengan isayaarat atau di atas suatu penampung?"
Beliau menjawab: "semuanya (kedua2nya) ada diriwayatkan, tidak mengapa insayaaAllah. Sujud dengan isayaarat itu diriwayatkan daripd Ibn 'Umar dan Ibn Mas'ud secara mawquf dan diriwayatkan juga daripd Jabir scr marfu'. Manakala sujud di atas sesuatu penampung pula diriwayatkan daripd Ibn 'Abbas dan Ummu Salamah RA." - tamat petikan -
Di atas ini nukilan dari alMausu'ah alFiqhiyyah alKuwaitiyyah. Namun hasil semakan, saya mendapati ada pula ulama yang membantah org sakit sujud di atas suatu penampung. Antara yang melarang itu:
1) al-Imam alSon'ani berdasarkan kenyataannya stlh menyenaraikan hadis dari Jabir dan Ibn 'Umar, beliau berkata:
والحديث دليل على أنه لا يتخذ المريض ما يسجد عليه حيث تعذر سجوده على الأرض ، وقد أرشده إلى أنه يفصل بين ركوعه وسجوده ، ويجعل سجوده أخفض من ركوعه ، فإن تعذر عليه القيام والركوع فإنه يومئ من قعود لهما جاعلا الإيماء بالسجود أخفض من الركوع ، أو لم يتعذر عليه القيام ، فإنه يومئ للركوع من قيام ، ثم يقعد ويومئ للسجود من قعود ؛ وقيل في هذه الصورة يومئ لهما من قيام يقعد للتشهد ، وقيل يومئ لهما كليهما من القعود ، ويقوم للقراءة ، وقيل : يسقط عنه القيام ، ويصلي قاعدا ، فإن صلى قائما جاز ، وإن تعذر عليه القعود أومأ لهما من قيام .
"Hadis ini menunjukkan org sakit tidak perlu mengadakan sesuatu untuk sujud di atasnya ketika dia tidak mampu sujud di atas lantai.
Telah ada bimbingan bahawa (org sakit) agar membezakan antara ruku' dan sujud dengan menjadikan sujud lebih rendah dari ruku'. Jika dia tidak mampu berdiri dan ruku', maka lakukan isayaarat ketika duduk untuk kedua2nya (berdiri dan ruku') dengan menjadikan isayaarat sujud lebih rendah dari ruku'.
Atau jika dia mampu berdiri (namun tak mampu ruku'), maka dia membuat isayaarat untuk ruku' dari keadaan berdiri. Kemudian duduk dan membuat isayaarat untuk sujud dari keadaan duduk.
Dikatakan juga, dalam situasi spt ini (tidak mmpu ruku' dan sujud), dia membuat isayaarat untuk kedua2nya dari keadaan berdiri, dia duduk untuk tasayaahhud. Dikatakan juga dia membuat isayaarat untuk kedua2nya dari keadaan duduk dan dia berdiri untuk membaca (alFatihah dan surah). Dikatakan juga, gugur darinya (kewajipan) berdiri. Dia solat secara duduk. Jika dia solat secara berdiri, boleh juga. Jika tidak mampu duduk, dia membuat isayaarat untuk kedua2nya dari keadaan berdiri." (Subul alSalam 2/207)
2) Fatwa Lajnah Daimah 'Arab Saudi (6/356, bilangan 17282. Jilid yang sama/437, bilangan 3956)
3) alSyeikh Ibn 'Uthaimin di dalam Majmu' Fatwa alSayaeikh Ibn 'Uthaimin (13/135). Ketika ditanya ttg seorg wanita yang dalam keuzuran untuk solat, beliau berkata:
"Alhamdulillah, Sabda Nabi SAW kpd 'Imran bin Husain (yang berpenyakit buasir)
"Solatlah secara berdiri, jika tidak mampu, solatlah secara duduk, jika tidak mampu, solatlah secara di atas lambung."
Jika wanita ini (yang ditimpa sakit) tidak mampu berdiri, kami katakan kpdanya:
"Solatlah secara duduk, dia duduk bersila bagi kedudukan berdiri (di dalam solat), sptmana yang telah sahih dari Nabi SAW. Kemudian dia membuat isayaarat ruku' dalam keadaan duduk bersila itu. Kemudian jika mampu sujud, dia sujud, jika tidak mampu, dia membuat isayaarat dengan kepalanya lebih banyak (tunduk) dari isayaarat tunduknya untuk ruku'.
Dan bukan termasuk sunnah untuk dia meletakkan bantal atau sesuatu lain agar sujud di atasnya. Bahkan hal ini lebih hampir kepada makruh. Ini kerana perbuatan itu termasuk melampau dan berpayah2an dalam mengamalkan agama Allah. Telah thabit dari Nabi SAW yang bersabda; "binasa org2 yang melampau, binasa org2 yang melampau, binasa org2 yang melampau." - tamat petikan -
4) alSyeikh alAlbani RH stlh mendatangkan hadis2 ttg permasalahn ini, berkata:
"Dan yang tidak diragukan lagi bahawa hadis ini dengan himpunan jalan2nya (periwayatannya) adalah Sahih...
Abu 'Iwanah tlh meriwayatkan di dalam Musnadanya (2/338) daripd 'Umar bin Muhammad yang berkata: "Kami menziarahi Hafs bin 'Asim ketika beliau sakit, katanya: "beliau menceritakan kpd kami: "Masuk menemui ku bapa saudaraku 'Abdullah bin 'Umar. Beliau mendapati aku meletakkan khumrah di atas bantal (atau suatu penampung):
"Aku sujud di atasnya." Beliau berkata kpdku: "wahai anak saudaraku, jangan kamu melakukan perkara ini. Temukan wajahmu ke bumi (lantai), jika tidak mampu, lakukan isayaarat dengan kepalamu." Isnad riwayat ini Sahih berdasarkan sayaarat alBukhari dan Muslim. (alSilsilah alSahihah 1/577, bilangan 323)
Kesimpulan:
Saya lebih cenderung kpd pandangan mazhab Hanafi dan Maliki dengan disokong hujah2 yang dinyatakan oleh ulama lain. Selain itu kerusi spt di dalam gambar tidak memberi sumbangan dalam kesempurnaan solat. Ini kerana:
1) Kerusi tersebut tidak menjadikan sujud itu sempurna kerana yang dikatakan sujud adalah apabila kepala lebih rendah daripd pinggang.
2) Sujud yang sempurna adalah di atas 7 anggota di atas lantai. Kerusi tersebut tidak memenuhi sifat ini.
3) Keberadaan kerusi dengan saiz spt ini akan menimbulkan masalah ruang d dalam msj terutama jika ia banyak. Dalam masa yang sama, tanpa menggunakannya tidaklah mengurangkan kesempurnaan solat sama sekali. Justeru knp perlu dihabis kan duit untuk mendapatkannya?
Namun persoalan ini kekal dalam persoalan khilaf. Setiap org tidak boleh berkeras dengan org lain yang berbeza pandangan dengannya. Melainkam jika pihak masjid tidak membenarkan penggunaan kerusi spt ini. Maka ketika itu hendaklah para jemaah mematuhinya.