Soalan:
minta maaf klu saya mgangu ustaz...Saya mahu minta penTolongan ustaz dengan masalah saya...Saya tgh mengandung 2 bulan,skg ne saya bingung macam mana mahu ganti puasa saya yang ttungak thn lalu dan saya tidak dapat bsolat macam biasa...Walaupn saya mengandung,saya slalu kluaran darah....dan saya tidak tahu macam mana mahu mandi hadas...Sbab saya keluaran darah ketika mengandung....tlagi bagi pendapat ustaz?perluh ka saya mandi hadas sperti mandi ketika period....Dan dalam keadaan saya skg ne,macam mana saya mau bpuasa d bulan rahmadan nanti...Sah juga ka puasa saya,wlaupn ada darah kluar....
Jawapan:
1) Kebingungan anda ttg cara nak ganti puasa tertunggak tidak jelas. Jika sengaja dilewatkan qadha puasa sehingga masuk ramadan berikutnya, maka anda dikira telah melakukan dosa. Wajib bertaubat atas kesalahan tersebut. Anda wajib segera melangsaikannya mengikut jumlah hati yang ditinggalkan. Jika disusuli dengan membayar fidyah sbagi kaffarah atas kecuaian qadha puasa ia suatu yang baik atau sunat berdasarkan pandangan yang dipilih oleh alQaradhawi dan Ibn 'Uthaimin.
2) Para ulama berbeza pandangan ttg darah yang keluar ketika hamil. Mazhab Hambali berpandangan wanita hamil dan Haid tidak akan bergabung. Darah yang keluar ketika wanita hamil adalah darah Fasad atau istihadhah. Wajib solat dan puasa ramadan.
Manakala mazhab alSyafie pula berpandangan wanita hamil kadangkala berhaid jika darah itu dtg dalam waktu kebiasaan haid dan memiliki sifat2 darah haid. Inilah pandangan yang dipilih oleh Sayaeikh al-Islam Ibn Taimiyyah di dalam al-Ikhtiyaraat (59), Ibn 'Uthaimin dalam alSayaarh alMumti' (1/405) dan Abdullah bin Abdul Rahman alJibrin (www.ibn-jebreen.com).
Melainkan jika darah yang keluar bukan pd waktu kebiasaan haid dan tidak memiliki sifat2 darah haid. Sebaliknya ia hanya bewarna merah darah, maka ketika itu ia adalah darah Fasad atau istihadhah. Wajib solat dan puasa ramadan. (Lihat Fatawa alSayaeikh Ibn 'Uthaimin 2/270)