Budak Yang Baligh Dan Sempat Melakukan Wukuf, Mendapat Haji Islam

Katakan seorang budak masuk ke Mekah dan berihram pada 1 Zulhijjah. Andaikan dia buat haji tamattu’, bila sampai ke Mekah dia laksanakan tawaf, sa’ie dan bertahallul dan bebas dari ihram dan larangan-larangannya.

Dia tunggu sehingga 8 Zulhijjah, dia berhihram semula di Mekah tanpa perlu keluar ke tanah halal, kemudian pergi ke Mina dan melakukan aktiviti ibadah haji seterusnya.

Katakan pada malam 8 Zulhijjah, esoknya 9 Zulhijjah, budak itu baligh dan dia teruskan aktiviti hajinya, maka haji yang dilakukan itu adalah haji Islam.

Demikian juga kalau dia baligh sebelum tamat waktu wukuf di Arafah. Kalau dia dah keluar tinggalkan Arafah, tetapi dia datang semula ke Arafah untuk berwukuf setelah baligh. Contoh, dia baligh pada waktu Maghrib 9 Zulhijjah, iaitu sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah yang merupakan batas tamat waktu wukuf, budak itu pula telah bergerak keluar dari Arafah untuk menuju ke Muzdalifah, dia baligh sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah, lalu dia pergi semula ke Arafah untuk berwukuf sekalipun seketika, kemudian pergi semula ke Muzdalifah, haji dia itu dikira sebagai haji Islam untuk budak tersebut.  


Cetak  
Wallahu a'lam