Sunnah al-Istinsyaq dan Fekah tidak boleh dipisahkan dengan hadis

Antara sunnah yang ditinggalkan oleh masyarkat pada hari ini iaitulah sunnah bersungguh-sungguh melakukan al-Istinsyaq ketika berwudhu.

Istinsyaq ialah perbuatan yang dilakukan ketika membasuh hidup di dalam wudhu. Nabi SAW ketika membasuh hidup di dalam wudhu, baginda akan menyedut air masuk ke dalam hidung. Inilah al-Istinsyaq.

Masyarakat kita hari ini, tak ramai yang buat. Terutamanya masyarakat yang hanya memberi tumpuan kepada fekah tetapi tidak melihat fekah dari kaca mata hadis. Ini menimbulkan masalah.

Sebahagian orang, mereka bincang fekah sahaja. Asalnya tak ada masalah bincang fekah tanpa rujuk atau melihat kepada hadis, kalau kita di peringkat awal pengajian fekah bagi tujuan dapat ingat isu-isu fekah yang terlalu banyak dan bersimpang-siul.

Tapi kalau dah bertahun-tahun mengaji fekah, masih terasing dengan hadis, ini satu masalah. Menunjukkan ada kepincangan dalam pengajian. Pengajian fekah, mesti rujuk kepada hadis Nabi SAW.

Jadi, sabit di dalam hadis, Nabi SAW bersabda: أَسْبِغِ الْوُضُوْءَ، maksudnya: “Sempurnakan wudhu” وَخَلِّلْ بَيْنَ الْأَصَابِع maksudnya: “dan lakukan takhlil antara jari-jemari”.

Ini juga ramai orang tinggalkan. Kita biasanya bila ambil wudhu, hanya sapukan atau curahkan air di tangan tanpa menyelangkan jari-jemari tangan. Sedangkan antara perkara yang Nabi SAW suruh ialah خَلِّل iaitulah al-Takhlil atau menyelangkan jari-jemari.

Dari perkataan al-Takhlil inilah datangnya perkataan khalil خليل yang bermaksud kekasih. Kenapa kekasih disebut khalil dalam bahasa Arab tuan-tuan? Kerana kekasih adalah seorang yang telah menyelinap masuk ke dalam hati kita. Jika takhlil itu ialah perbuatan menyelangkan atau memasuk dan menjalinkan jari-jemari sebelah kanan dengan sebelah kiri, maka demikianlah seorang kekasih yang telah masuk dan membentuk jalinan yang kuat dengan hati seseorang, lalu dinamakan khalil. Demikian indahnya bahasa Arab.


Cetak  
Wallahu a'lam