Soalan:
Salam ustaz, apa hukum istinjak atau bersuci selepas berwudhu? kerana sebelum berwudhu terlupa yang saya belum beristinjak.
Jawapan:
Wa'alaikumuusalam warahmatullah wabarakatuh.
Sah wudhu tersebut dengan syarat dia tidak menyentuh kemaluan secara langsung ketika berwudhu di sisi ulama mazhab Syafie. Saya nukilkan perkataan Ibn al-Qas di dalam al-Talkhis hal: 92:
ولو تغوط أو بال فتيمم، أو توضأ، ثم استنجى، جاز ما لم يمس فرجا، وفي التيمم قول آخر، لا يجزئه
Maksudnya: "Dan sekiranya seseorang itu buang air besar atau buang air kecil, setelah itu bertayammun atau berwudhu', kemudian (baru) beristinjak, harus (perbuatan itu) selagi dia tidak menyentuh kemaluan. (namun) berkaitan tayammum (istinjak selepas bertayammum), terdapat qaul lain, iaitulah tidak sah (tidak memadai tayammum sebelum istinjak tersebut."