Kalau kita ambil wudhu dengan niat berwudhu kerana nak solat dahulu sebelum tidur, apakah masih perlu mengulangi wudhu sebelum tidur? Jawapannya tidak perlu lagi berdasarkan kaedah اندراج الصفرى تحت الكبرى perkara yang kecil masuk di bawah perkara yang lebih besar. Contoh mudah dan masalah yang memiliki gambaran yang sama, iaitulah isu pada pagi Jumaat kita berjunub. Apakah mandi yang sepatutnya kita buat? Mandi junub atau mandi sunat Jumaat?
Jawapannya ialah mandi junub. Apabila kita mandi junub maka tidak perlu lagi mandi sunat hari Jumaat. Kerana mandi junub merangkumi mandi sunat hari Jumaat. Demikianlah wudhu sebelum tidur untuk solat, merangkumi juga wudhu fadhilah kerana mengharapkan pahala mencontohi Nabi SAW berwudhu sebelum tidur.