Tuesday, September 23, 2008
Soalan:
Assalamualaikum Ustaz,Ada 2 perkara yang mengelirukan saya dan saya berharap ustaz dapat menyelesaikannya.
1. Anak saya berumur setahun lebih dan selalu bermain depan saya sewaktu solat. Macammana hukumnya?
2. Menggerakkan jari sewaktu tahiyyat. Sunah ke? jarang orang buat.
Diharap jasa baik ustaz untuk perjelaskannya. Assalamualaikum.
Jawapan:
wa'alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh
1. Disunatkan seseorang meletakkan sesuatu di hadapan ketika solat sebagai sutrah (penghalang). Dalam situasi saudara, ada baiknya saudara mempraktikkan sunnah sutrah ini bagi mengelakkan anak saudara yang sering bermain di hadapan ketika solat dari menganggu. Jika ia memasuki kawasan yang diletakkan sutrah, saudara disunnahkan untuk menghalang dia dari melaluiya berdasarkan keumuman hadith yang menyebut tetangnya (al-Bukhari dan Muslim).
Namun jika dia sering bermain dan berlalu lalang di hadapan saudara, dalam keadaan ini saudara biarkan sahaja dia bermain dan tidak perlu menyibukkan diri menghalang dia dari lalu-lalang di hadapan saudara. al-Hafidz Ibn Hajar al-'Asqalani di dalam Fathul Bari menyebut:

نقل ابن بطال وغيره الاتفاق على أنه لا يجوز له المشي من مكانه ليدفعه ، ولا العمل الكثير في مدافعته، لأن ذلك أشد في الصلاة من المرور
"Ibn Battal dan selainnya menukilkan kesepakatan ulama, tidak harus bagi seseorang yang sedang solat berjalan dari tempat solatya untuk menghalang orang yang lalu di hadapannya, tidak boleh juga asyik banyak bergerak (menyibukkan diri) untuk meghalang orang yang lalu di hadapannya, kerana perbuatan seperti ini lebih teruk mengganggu solat berbanding orang yang lalu di hadapannya."
2. Menggerakkan jari ketika tahiyyat termasuk di dalam sunah Nabi SAW sepertimana yang sabit dari hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Nasaie dari Wail bin Hujr.