Oleh: Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Penterjemah: bin Sahak
Soalan:
Apakah hukum puasa 6 hari dalam bulan Syawal ? Apakah disyaratkan puasa enam itu berturutan?
Jawapan:
Nabi saw memberi galakan menyusuli puasa Ramadhan dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, Abu Ayyub al-Ansori meriwayatkan:
Maksudnya: "Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh." (HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)
Yang dimaksudkan dengan al-Dahr (الدهر) ialah al-Sanah (السنة = setahun) yakni seolah-olah dia berpuasa setahun penuh, maka jika sentiasa menunaikannya sepanjang tahun, dia seolah-olah berpuasa seumur hidupnya.

Penerangan ini tardapat di dalam hadith yang lain:
Maksudnya: "Puasa sebulan (Ramadhan) menyamai dengan 10 bulan, dan puasa 6 hari (dalam bulan Syawal) menyamai 2 bulan, maka jadilah puasa itu penuh setahun."
(Persoalan) Apakah dituntut puasa enam itu disambung terus dengan Ramadhan, dalam ertikata dimulakannya pada hari kedua hari raya? seperti yang dinyatakan dalam lafaz (menyusuli Ramadhan), atau apakah memadai dilakukannya pada bila-bila dalam bulan Syawal, kerana hari-hari dalam bulan Syawal itu semuanya menyusuli/menuruti Ramadhan?
Permasaalan ini para ulama berbeza pendapat, akan tetapi aku (al-Qaradhawi) lebih cenderung kepada pandangan yang kedua, sama juga puasa 6 itu tidak semestinya dilaksanakan berturut-turut (harinya), jika ia dipisah-pisahkan tidak mengapa, insyaallah. (Sumber:Islamonline.net)