Antara tasbih yang Nabi SAW ajar di dalam sujud atau bacaan Nabi di dalam sujud, antaranya berdasarkan perkataan 'Aisyah RA, beliau pernah mencari Rasulullah di tempat tidur, atau beliau pernah kehilangan Nabi di tempat tidur, lalu 'Aisyah mencari Nabi, baliau meraba-raba dalam kegelapan, dan beliau terpegang kaki Nabi Muhammad SAW yang ketika itu berada di dalam masjid, baginda sedang sujud menunaikan solat. Kata 'Aisyah RA; aku mendengar bacaan Rasulullah SAW ketika sujud itu, baginda membaca:
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوْبَتِكَ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْكَ، لاَ أُحْصِيْ ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ.
Bacaan yang hebat, bacaan seseorang yang bila dia tutur, dia kena paham. Mafhumnya: “Ya Allah, daku berlindung dengan keredhaanMu dari kemurkaanMu,..." seperti yang saya bagi tahu kepada tuan-tuan, kita kalau takutkan hukuman yang nak dikenakan ke atas kita kalau bersalah, kita akan lari. Selagi kita boleh lari, kita akan lari. Tak boleh duduk di kampung tu, kita p cari kampung lain. Tak boleh duduk di negeri tu, kita pindah ke negeri lain. Tak boleh duduk dalam negara tu, kita pindah ke negara lain. Ini kalah kita takutkan hukuman atau balasan manusia kepada kita bila kita buat silaح.
Tapi kalau ALlah Taala murka kita, kita nak pergi ke mana? Apakah ada dunia lain atau bumi lain dari yang diciptakan oleh ALlah ini? Habis tu ke mana kita hendak lari? tak ada tempat lain melainkan kita kena kembali kepada ALlah Taala juga. Lalu kita sebut:
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوْبَتِكَ
"Ya Allah aku harapkan keredhaan-Mu, belas kasihan-Mu. Daku takutkan kemurkaan-Mu. Jangan kenakan kemurkaan-Mu kepadaku Ya ALlah.Aku berlindung dnegan sifat keredhaan-Mu..." "dan aku berlindung dengan kemaafan-Mu dari hukuman-Mu. Aku berlindung dengan-Mu daripada Mu...." Maksudnya sama sahaja, cuma pengulangan yang menunjukkan penegasan dan kesungguhan kita yang mengharapkan agar tidak dikenakan hukuman dan kemurkaan kepada kita.
Kemudian kita puji ALlah:
لاَ أُحْصِيْ ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
"Aku tidak mampu nak hitung pujaan yang layak diberikan kepada-Mu. Engkau ya ALlah adalah tuhan yang maha terpuja, sepertimana Engkau memuja diri-Mu sendiri. Engkaulah tuhan itu, begitu terpuja dan terpujinya ENgkau. Kami tak mampu nak memuja dan memuji ENgkau dengan yang layak ENgkau terima. Oleh itu seperttimana Dikau memuji dan memuja diri-Mu, sebegitulah kami memuji dan memuja Dikau. Sepertimana pengetahuan Dikau terhadap diri-Mu, maka sebegitulah Dikau."
Begitulah pengakuan kita kepada ALlah ketika di dalam suju solat malam. Jadi pada waktu itulah kita nak merintih dan mengadu kepada ALlah SWT.