SDI 1416: Bolehkah Iktikaf Sehari Atau Dua Hari?

Soalan :

Memandangkan kesibukan kerja saya tidak mampu untuk melakukan I’tikaf sepanjang 10 hari akhir Ramadhan. Bolehkah saya beri’tikaf sehari atau dua hari ?

Jawapan :

Oleh : Dr. Khalid bin ‘Ali al-Masyaiqah (Anggota pengajar Uni. Al-Qosim)
Penterjemah : bin sahak

"Ya, tidak mengapa seseorang insan beri’tikaf sehari atau dua hari, sekurang-kurang I’tikaf ialah satu hari atau satu malam, sepertimana yang warid dari ‘Umar RA yang bertanya kepada Nabi SAW, di mana beliau telah bernazar untuk beri’tikaf satu malam di dalam masjid al-Haram. Lalu Nabi SAW menjawab: “Tunaikan nazar kamu.”. Maka sekurang-kurang tempoh I’tikaf ialah satu hari atau satu malam, inilah yang terdapat di dalam syara’, akan tetapi sunnahnya ialah beri’tikaf 10 (akhir Ramadhan) secara sempurna."

Cetak  
Wallahu a'lam