SDI 0643: Hukum Tepuk Bahu Nak Suruh Jadi Imam

Soalan:
Asalamualaikum mohon penjelasan berkenaan dgn situasi semasa smyg seorg tiba2 ade org tepuk bahu sebelah kanan

1.Apakah tindakan saya ?
2. Adakah tindakan menepuk bahu seseorang itu adalah 1 tindakan yg betul dlm sesuatu tertib solat.

Jawapan:

1) Jadi imam untuk orang itu.
2) Termasuk dalam perkara yang ada keluasan.

WA

Soalan:

Maaf tuan boleh kongsi hadis atau dalil nya😊😊

Bin Sahak:
Hadis dan dalil apa yang dikehendaki itu?

Soalan: Berkenaan tepuk bahu kanan tuu..sy ingat kn ada hadis n dalil td😂😂

Bin Sahak:
Ada keluasan bukan bermaksud paling kuat atau sunat. Amalan tepuk bahu itu timbul disebabkan persoalan: Apakah imam disyaratkan ada niat menjadi imam atau tidak?

Mazhab Hambali berpandangan disyaratkan imam ada niat menjadi imam. Jika tidak, solat makmum tidak sah.

Mazhab Hambali berikan illah kepada syarat ini. Iaitulah hukum-hakam jemaah berkait rapat dengan imam, seperti hukum sah, batal, wajib ikut, gugur bacaan, sujud sahwi dan seumpamanya.

Justeru imam perlu berbeza dengan makmum melalui niatnya. Apabila disyaratkan imam ada niat sebagai imam. Maka imam perlu tahu dia dijadikan imam. Dia pula berhak memberi isyarat untuk tidak mahu menjadi imam.

Antara cara nak bagitau kita nak minta dia jadi imam, maka timbullah anjuran menepuk bahu. Sebab tu saya kata amalan ini ada keluasan. Dengan kata lain jangan perlekeh orang yang membuatnya. Orang yang memperlekehkan itu, menunjukkan kejahilan dalam fiqh. 

Kalau kita nak bincang pandangan mana yang lebih kuat. Maka itu isu lain. Beberapa ulama kemudian seperti Ibn Uthaimin mentarjihkan pandangan mazhab Syafie yang tidak mensyaratkan niat untuk imam menjadi imam.


Cetak  
Wallahu a'lam