Adakah sah wudhu jika warna rambut?
Jawapan:
Wallahu taala a’lam, untuk menjawab soalan ini, ia kembali kepada bagaimana atau apa kandungan yang ada pada pewarna rambut tersebut. Jika pewarna rambut yang dimaksudkan itu sifatnya seperti inai, yakni dia menyerap masuk ke dalam rambut dan ia pula tidak mengandungi najis maka sah wudhu dalam keadaan rambut bewarna dengan pewarna yang sifatnya sama seperti inai.
-----------------
Dan kedua, adakah boleh kita guna pewarna rambut yang tidak ada cap logo halal jakim?
Jawapan:
Walaahu taala a’lam. Yang penting apakah pewarna rambut itu najis atau tidak. Jika ia tidak najis maka ia tidak ada masalah. Jika ia tidak menghalang air dari sampai ke rambut dan ia bersifat seperti inai yang meresap ke dalam rambut dan tidak menghalang air, maka harus menggunakan pewarna rambut seperti itu sekalipun tidak ada cop logo halal jakim. Wallahu a’lam.
Dan ketiga, kalau seseorang tu bagi duit haram kepada family dan family nya tak tahu itu duit haram, adakah family nya turut berdosa?
--------------------
Jawapan:
Familinya tidak berdosa kerana mereka menerima nafkah dari ketua keluarga dan mereka tidak tahu duit adalah duit haram. Mereka semua tidak berdosa, yang berdosa adalah seorang bapa atau suami yang berusaha mendapatkan harta dengan cara yang haram.