SDI 1459: Hukum Solat Dengan Pakaian Tied-in Yang Menampakkan Bentuk Aurat

 

Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh

 

Soalan: Apakah hukum lelaki memakai seluar sehingga menampakkan bentuk punggung ketika mana baju kemeja perlu tied–in contoh pakaian lelaki di pejabat?

 

Jawapan:  Baik, pakaian staff lelaki yang menampakkan punggung apa semua, berlaku penutupan, berlaku penutupan. Penutupan aurat yang disyaratkan Ialah, ia tidak menampakkan warna aurat. Adapun menampakkan bentuk, ia bukan menjadi syarat, sebaliknya ia adalah penyempurna kepada penutupan aurat. Oleh kerana itu ulamak berbeza pandangan jika penutupan aurat yang dilakukan dalam bentuk menampakkan bentuk aurat. Sebahagian mengatakan hukumnya makruh, manakala sebahagian berpandangan hukumnya haram.  Akan tetapi penutupan berlaku, telah berlaku penutupan. Maka solat yang ditunaikan dengan pakaian yang ketat yang tidak menampakkan aurat, sebaliknya hanya menampakkan bentuk solat yang seperti itu sah.

 


Cetak  
Wallahu a'lam