SDI 1463: Hukum Guna Sabun Mandi Wangi Ketika Umrah

Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

Soalan yang bertanya apa hukumnya memakai wangi-wangian ketika buat ibadah umrah atau badan wangi sebab sabun mandi wangi lalu pergi buat umrah?

 

Jawapan:

 

Wallahu ta'ala a'lam. Pertama sekali jika merujuk kepada jemaah yang melakukan umrah setelah mereka berihram, maka mereka ditegah sama sekali menggunakan wangi-wangian, demikian juga hendaklah mereka mengelak dari menggunakan sabun mandi yang mendatangkan bau wangi, jika mereka telah masuk ke dalam ihram.

 

Manakala bagi jemaah yang belum lagi berihram, dia boleh mandi guna sabun wangian, demikian juga dia boleh wangikan badan kalau dia belum berihram. Kemudian dia berihram setelah itu. Apabila dia berihram, dia tidak boleh lagi mengenakan wangian pada badan dia dan pakaian dia. Kalau dia gunakan satu sabun sedangkan dia tak tahu sabun itu sabun yang mengeluarkan bau wangi, setelah itu dia basuh anggota yang kena ataupun katakanlah dia guna sabun wangi pada tangan, dia tak sangka sabun itu wangi, maka dia pergi basuh hilangkan bau wangi tersebut, setakat kemampuan dia.

 

Itu hukum bagi orang yang dalam keadaan ihram, iaitulah tidak boleh dengan sengaja mengenakan wangian pada badan dan pakaiannya. Jika dia mengenakan wangian pada badan dia, maka dia kena bayar dam, dia kena bayar dam, melakukan tegahan ihram, iaitulah sama ada dia sembelih seekor kambing, ataupun dia memberi makan enam orang miskin, ataupun dia berpuasa tiga hari.

 

Dam dengan kesalahan yang dilakukan ini termasuk di dalam kategori dam Mukhayyar (مخير) dan Muqaddar (مقدر), yakni dia diberi pilihan untuk memilih salah satu daripada salah satu perkara yang saya sebut sebentar tadi dan dia tak boleh lari daripada ketetapan yang telah ditetapkan oleh syarak, iaitulah dia pilih sama ada seekor kambing untuk disembelihkan atau pun memberi makan enam orang miskin, tidak boleh lima, kerana enam orang itu telah ditetapkan oleh syarak, demikian juga, ataupun dia boleh berpuasa tiga hari, sebagai melaksanakan dam atas kesalahan melanggar tegahan ketika berihram.


Cetak  
Wallahu a'lam