Soalan:
pak ustaz , takbir solat raya 8 kali campur takbiratul ihram ...pada rakaat ke dua..sebanyak 5 kali...tapi pak imam terlupa ucapkan takbir rakaat yang kedua tu...terus baca fatihah beberapa ayat...lalu ada makmum *ingatkan * kemudian imam ucapkan takbir 5 kali...baca balik fatihan & surah...untuk menampung kesalahan nya bikin sujud sahwi..sebelum salam bolihkan ...pak ustaz
Jawapan:
Tindakan yang terbaik atau al-Asah di sisi ulama mazhab Syafi’e ialah imam tidak perlu lakukan takbir-takbir tambahan solat hari raya tersebut, kerana telah mula membaca al-Fatihah. Dengan membaca al-Fatihah itu imam telah terlepas kedudukan takbir-takbir tersebut.
Namun jika imam berhentikan al-Fatihah untuk bertakbir, kemudian memulakan semula membaca al-Fatihah, perbuatan imam ini tidak membatalkan solat.