Soalan:
Ustaz, berkaitan khusyuk dalam solat ni, ada pendapat dalam mazhab syafie yg mengatakan kena khusyuk di mana2 bahagian dalam solat, kalau takde khusyuk langsung dalam solat seperti dari awal takbir sampai salam maka solatnya tak sah, adakah pendapat ini benar dan adakah ini pendapat muktamad dalam mazhab syafie?
Jawapan:
Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji 1/156 dinyatakan:
معنى الخشوع: الخشوع يقظة القلب إلى ما يردّده اللسان من القراءات والأذكار والأدعية، بأن يتدبر كل ذلك ويتفاعل مع معانيه، ويشعر أنه يناجي ربه.والصحيح أن الخشوع- بهذا المعنى- في جزء من أجزاء الصلاة أمرٌ لا بد منه؛ بحيث إذا كانت الغفلة مطبقة على صلاته كلها من أولها إلى آخرها، كانت صلاة باطلة.
Maksudnya: "Makna khusu' iaitulah kesedaran hati kepada apa yang dituturkan oleh lidah terdiri dari ayat² al-Quran, zikir² dan doa², mentadabburi kesemuanya dan berinteraksi dengan makna²nya dan merasai dia sedang bermunajat kepada tuhannya. Dan yang sahih bahawa khusu' dengan makna ini pada satu bahagian di dalam solat adalah perkara wajib, di mana jika lalai dalam keseluruhan solat dari awal sehingga akhirnya, maka solat tersebut solat yang batal."