Soalan:
Salam Ust,
Saya OKU dgn foot drop with brace Dàn knee stiffness with brace tapi Ada kursus di Bukit Bintang .Naik komuter Bangi Dàn changeover mrt kajang line ke bukit Bintang dgn total duration 1 sejam 20 min berhimpit2 dn tk dpt tmpt duduk pun,tk cukup pun dua marhalah..boleh ke saya jamak dn qasar. Wednesday
Jawapan:
Anda boleh melakukan jamak kerana masyaqqah atau kesempitan dengan berpegang kepada pandangan ulama mazhab Hanbali, pandangan Ibn Sirin, Asyhab dari kalangan sahabat Imam Malik, al-Qaffal dan al-Syasyi al-Kabir dari kalangan ulama mazhab Syafi‘e, sekumpulan ulama hadis dan Ibn al-Munzir.
Pandangan ini dikuatkan dengan perkataan Ibn 'Abbas RA yang ditanya mengapa baginda SAW pernah melakukan jamak solat bukan kerana peperangan, hujan, dan sakit?, Ibn 'Abbas RA menjawab:
أَرَادَ أَنْ لَا يُحْرِجَ أمَّتَه
Maksudnya: "Baginda tidak mahu menjadikan umat baginda berada dalam kepayahan."
Soalan:
Qasar tak boleh ye Ustaz .
Jawapan:
Jika anda berstatus musafir, maka boleh qasar. Jika tidak berstatus musafir, maka tidak boleh qasar.