SDI 1567: Hukum Takbir Intiqal Dan Batas Bacaan Tasyahhud Bagi Masbuq

Soalan:

ustaz, adakah takbir intiqal ini boleh dilaksanakan hanya ketika kita solat bersendirian dan ketika kita jadi makmum muafik saja, manakala ketika kita jadi makmum masbuk kita nak ikut imam yg tengah sujud, masa kita nak ikut imam sujud tu kita tak perlu takbir kan??terus ikut imam sujud kan?

Kedua, semasa kita jadi makmum masbuk mengikuti imam yg tengah duduk baca tasyahud akhir, semasa kita baca tasyahud tu adakah kita perlu baca tasyahud tu sehingga selawat?atas sebab kebiasaan imam akan baca selawat semasa di tasyahud akhir.

Jawapan:

Soalan:

ustaz, adakah takbir intiqal ini boleh dilaksanakan hanya ketika kita solat bersendirian dan ketika kita jadi makmum muafik saja, manakala ketika kita jadi makmum masbuk kita nak ikut imam yg tengah sujud, masa kita nak ikut imam sujud tu kita tak perlu takbir kan??terus ikut imam sujud kan?

Kedua, semasa kita jadi makmum masbuk mengikuti imam yg tengah duduk baca tasyahud akhir, semasa kita baca tasyahud tu adakah kita perlu baca tasyahud tu sehingga selawat?atas sebab kebiasaan imam akan baca selawat semasa di tasyahud akhir.

 

Jawapan:

Untuk menjawab soalan ini, pertama saya sebut, takbir intiqal iaitulah takbir perpindahan dari dari satu rukun ke rukun yang lain. Ini namanya takbir intiqal.

Seseorang masbuq kalau dia masuk dan mendapati imam sedang sujud, maka dia masuk ke dalam saf, kemudian bertakbir dan takbir yang dilakukan ini adalah takbiratul ihram, wujuban, iaitulah wajib, wajib bertakbiratul ihram, tidak boleh dia niatkan takbir intiqal, sebaliknya mesti takbiratul ihram, kerana solat dimulakan dengan takbiratul ihram berdasarkan hadis Nabi SAW: وتحريمها التكبير “memulakan solat dengan bertakbir” iaitulah dengan takbiratul ihram.

Jadi apabila makmum masbuq tersebut mendapati imam sedang sujud, dia takbir masuk ke dalam solat iaitulah takbiratul ihram, kemudian sunat kepada dia takbir kedua untuk sujud, kerana ketika itu imam sedang sujud. Akan tetapi kalau dia berpada dengan takbiratul ihram sahaja, terus dia turun sujud, kerana takbir intiqal adalah sunat hukumnya, maka solat dia sah.

Apapun, yang wajib ketika masuk ke dalam solat bagi makmum masbuq ialah takbiratul ihram. Kalau imam sedang sujud, dia sunat takbir kedua untuk turun sujud mengikut imam. Wallahu a’lam.

 

Soalan kedua:

semasa kita jadi makmum masbuk mengikuti imam yg tengah duduk baca tasyahud akhir, semasa kita baca tasyahud tu adakah kita perlu baca tasyahud tu sehingga selawat?atas sebab kebiasaan imam akan baca selawat semasa di tasyahud akhir.

 

Jawapan:

Untuk menjawab soalan ini saya nyatakan, hukum duduk bagi masbuq adalah mengikut kedudukan duduk imam, manakala bilangan rakaat adalah menurut rakaat makmum itu sendiri. Rakaat pertama bagi masbuq ialah mengikut rakaat dia sendiri, tidak mengikut rakaat imam.

Jadi kalau ketika imam sedang duduk tasyahhud, apa yang perlu seorang masbuq lakukan? Jawapannya sama jika ketika masbuq itu masuk, imam sedang sujud, masbuq itu kena ikut imam, tentulah masbuq itu juga disunatkan untuk turut membaca tasbih dalam sujud. Kalau masbuq masuk ketika imam tahiyyat atau tasyahhud, maka masbuq itu sunat membaca tahiyyat atau tasyahhud.

Kalau tasyahhud itu adalah tasyahhud akhir imam, maka masbuq disunatkan bertasyahhud dengan tasyahud akhir kerana mengikut imam, bahkan masbuq itu juga boleh berdoa di penghujung selawatnya, sekalipun tasyahud itu bukan tasyahud akhir pada dia, kerana mengikut kedudukan tasyahud imam. Masbuq itu boleh berdoa selepas tasyahhud dan selawat kerana mengikut kedudukan imam. Perkara ini dinyatakan antaranya oleh al-Imam Ibn Hajar al-Haitami RH dalam kitabnya Tuhfah al-Muhtaj 2/87:

أَمَّا الْمَسْبُوقُ إذَا أَدْرَكَ رَكْعَتَيْنِ مِنْ الرُّبَاعِيَّةِ فَإِنَّهُ يَتَشَهَّدُ مَعَ الْإِمَامِ تَشَهُّدَهُ الْأَخِيرَ وَهُوَ أَوَّلٌ لِلْمَأْمُومِ فَلَا يُكْرَهُ الدُّعَاءُ لَهُ فِيهِ بَلْ يُسْتَحَبُّ

Maksudnya lebih kurang: “Ada bagi makmum yang masbuq, apabila dia mendapati dua rakaat bagi solat yang empat rakaat, maka dia bertasyahhud bersama dengan imam, mengikut tasyahud akhir imam, - sedangkan bagi makmum itu tasyahhud awal pada kedudukan dia, tapi disebabkan dia mengikut imam yang ketika itu tasyahud akhir, maka kata al-Haitami – sedangkan tahiyat akhir imam itu adalah tahiyyat pertama bagi makmum, maka tidak dimakruh kepada makmum yang masbuq itu untuk berdoa bahkan digalakkan juga dia berdoa ketika dia berada dalam tasyahud awal sedangkan imam dalam tasyahud akhir, maka dia dianjur dan digalakkan untuk bertasyahhud bersama dengan imam, mengucapkan selawat ibrahimiyyah bersama imam dan jika ada ruang dia juga tetap disunatkan untuk berdoa kerana kedudukan itu adalah tasyahud akhir bagi imam.”      


Cetak  
Wallahu a'lam