Soalan:
Assalamualaikum
kalau saya jamak taqdim maghrib dan isyak,boleh ke sy selesaikan witir selepas itu?lagi 1,hukum qunut dlm witir..terima kasih ustaz
Jawapan:
1. Solat witir boleh dilakukan selepas dilaksanakan solat Isyak. Oleh itu bagi musafir yang melaksanakan solat jamak taqdim antara Maghrib dan Isyak BOLEH melakukan witir selepasnya dalam waktu Maghrib.
2. Qunut dalam solat witir dilakukan pada separuh bahagian kedua Ramadan. Inilah pandangan ulama mazhab Syafi'e.