SDI 1578: Hukum Memanjangkan Solat Sunat Sebelum Subuh

Soalan:

Assalamualaikum Ustaz,

Ingin bertanya apakah hukumnya jika memanjangkan solat sunat sebelum Subuh, kerana kita mengetahui rutin kawasan tersebut iqamah dan Solat hanya akan dimulakan sekitar 30 minit selepas azan dilaungkan.

Jazakallahu khairan


Jawapan:

 وعليكم السلام ورحمة الله

Menunaikan solat sunat sebelum Subuh secara ringan dan tidak memanjangkannya adalah sunat di sisi ramai ulama. Justeru, bukan perbuatan dosa bagi sesiapa yang memanjangkan dua rakaat ini.

Cuma, menunaikan dua rakaat sunat sebelum Subuh secara panjang adalah berbeza dengan zahir kebanyakan hadis tentang sunat sebelum subuh yang menunjukkan baginda SAW melaksanakannya secara ringan dan ringkas.

Nabi SAW bersabda:

 ركعتان قبل الفجر خير من الدنيا وما فيها 

Maksudnya: "Dua rakaat sunat sebelum Subuh, lebih baik berbanding dunia dan segala yang ada di dalamnya." 

Dalam kalangan ulama ada yang mengatakan Nabi SAW melaksanakan dua rakaat sebelum Subuh secara ringan dan ringkas, adalah bagi menggambarkan betapa hina dan rendahnya nilai dunia yang hanya dapat diperolehi dengan dua rakaat ringkas, jika dibandingkan dengan anugerah Allah SWT di akhirat kelak.


Cetak  
Wallahu a'lam