SDI 1579: Hukum Serahkan Wang Zakat Kepada NGO

Soalan:

Ada pertubuhan NGO yang menghimpunkan tong gas untuk diserahkan kepada golongan fakir miskin. Soalan saya ustaz, bolehkah saya serahkan wang zakat saya kepada NGO tersebut untuk mereka beli gas dan diserahkan kepada fakir miskin?

Jawapan:

Wang zakat adalah milik orang fakir atau miskin. Wang tersebut hendaklah diserahkan kepada golongan fakir dan miskin sehingga mereka memilikinya dan berhak menggunakannya menurut keperluan mereka. Untuk itu wang zakat hendaklah diserahkan kepada Amil yang sah.

Tidak boleh diserahkan wang zakat kepada NGO yang menghimpunkan tong gas untuk diserahkan kepada golongan fakir miskin.  


Cetak  
Wallahu a'lam