SDI 1586: Hukum Buka Bahu Kanan Ketika Solat Sunat Tawaf & Sai'e

Soalan:

Apakah idhtiba’ juga dilakukan ketika menunaikan solat sunat tawaf dan sai‘e?

Jawapan:

al-Idhtiba’ berdasarkan pandangan asah ulama mazhab Syafi‘e makruh dilakukan ketika solat. Manakala sunat ketika melakukan sai‘e berdasarkan pandangan al-Mazhab. Kata al-Imam al-Nawawi RH:

قَالَ أَصْحَابُنَا وَيُسَنُّ الِاضْطِبَاعُ أَيْضًا فِي السَّعْيِ هَذَا هُوَ الْمَذْهَبُ وَبِهِ قَطَعَ الْجُمْهُورُ وَفِيهِ وَجْهٌ شَاذٌّ أَنَّهُ لَا يُسَنُّ فِيهِ مِمَّنْ حَكَاهُ الرَّافِعِيُّ، وَهَلْ يُسَنُّ الِاضْطِبَاعُ فِي رَكْعَتَيْ الطَّوَافِ فِيهِ وَجْهَانِ (الْأَصَحُّ) لَا يُسَنُّ لِأَنَّ صُورَةَ الِاضْطِبَاعِ مَكْرُوهَةٌ فِي الصَّلَاةِ

Maksudnya: “Kata sahabat kami (ulama mazhab Syafi‘e), disunatkan juga al-Idhtiba’ Ketika sai‘e. Inilah al-Mazhab dan pandangan yang diputuskan oleh majoriti. Terdapat wajah syaz yang mengatakan tidak disunatkan. Antara yang menghikayatkan pandangan ini ialah al-Rafi‘e. Apakah disunatkan al-Idhtiba’ pada solat sunat tawaf? Terdapat dua wajah, yang asah tidak disunatkan kerana gambaran idhtiba’ adalah makruh Ketika solat.” (al-Majmu’ 8/20)


Cetak  
Wallahu a'lam