Tidak Disunatkan Qunut Nazilah Dalam Solat Sunat

 

وَيُنْدَبُ الْقُنُوتُ فِي سَائِرِ الْمَكْتُوبَاتِ لِلنَّازِلَةِ إلَخْ أَمَّا غَيْرُ الْمَكْتُوبَاتِ كَالْجِنَازَةِ فَيُكْرَهُ فِيهَا مُطْلَقًا لِبِنَائِهَا عَلَى التَّخْفِيفِ، وَالْمَنْذُورَةُ وَالنَّافِلَةُ الَّتِي يُسَنُّ فِيهَا الْجَمَاعَةُ وَغَيْرُهُمَا لَا يُسَنُّ فِيهَا ثُمَّ إنْ قَنَتَ فِيهَا لِنَازِلَةٍ لَمْ يُكْرَهْ وَإِلَّا كُرِهَ

Maksudnya: “Disunatkan qunut pada seluruh solat fardhu bagi qunut nazilah… Adapun selain dari solat fardhu, seperti solat jenazah, maka dimakruhkan secara Mutlaq kerana solat jenazah asasnya adalah dilakukan secara ringan, dan (yang dimakruhkan juga qunut nazilah) solat yang dinazarkan atau solat sunat yang disunatkan secara berjemaah dan (demikian juga) solat sunat selain keduanya (selain solat yang dinazarkan dan solat sunat yang disunatkan berjemaah) tidak disunatkan (qunut Nazilah) padanya, kemudian jika seseorang itu melakukan qunut nazilah dalam solat tersebut (selain solat yang dinazarkan dan solat sunat yang disunatkan berjemaah), ia tidak dimakruhkan, jika bukan (bukan qunut nazilah) maka dimakruhkan.”  (Tuhfah al-Muhtaj Fi Syarh al-Minhaj Oleh: Ibn Hajar al-Haitami bersama Hawasyi al-Syarwani wa al-‘Abbadi 2/230)


Cetak  
Wallahu a'lam