Soalan:
Assalamualaikum Ustaz Mohamad Abdul Kadir. Saya nak mohon pengesahan. Adakah benar membaca surah Al-Kahfi secara separuh² tidak mendapat pahala khusus bacaan Surah Al-Kahfi hanya mendapat pahala bacaan Al-Quran sahaja?
Jawapan:
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan berkaitan dengan surah Al-Kahfi, baca surah Al-Kahfi separuh-separuh dan nukilan daripada salah seorang ulamak Mazhab Syafi'i yaitulah Al-Imam al-Ramli yang mengatakan membaca surah Al-Kahfi secara separuh-separuh adalah tidak mendapat pahala membaca surah Al-Kahfi, tidak mendapat kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.
Wallahu ta'ala alam, berdasarkan sedikit semakan saya, memang Al-Imam al-Ramli mengatakan perkara yang seperti yang dinukilkan, akan tetapi, Wallahu ta'ala alam yang saya cenderung memahami perkataan Al-Ramli itu adalah berdasarkan pandangan beliau. Wallahu ta'ala alam dalil-dalil hadith yang menganjurkan membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, pada malam Jumaat dan hari Jumaat adalah berbentuk umum, maka Wallahu ta'ala alam, sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi, sama ada dia baca serentak sekali habis, ataupun dia pisah-pisahkan, sama ada dia buat pagi sebahagian, kemudian siang ketika dia ke lapangan dia baca sebahagiannya pula dan dia habis satu surah pada malam Jumaat ataupun hari Jumaat maka dia termasuk di dalam keumuman hadith, sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi, karena orang yang membaca surah Al-Kahfi walaupun dia bahagikan dua kali ataupun tiga kali dalam sehari, dia baca habis surah itu, maka dia telah membaca surah Al-Kahfi, maka untuk kita mengatakan dia tak dapat kelebihan yang disebut di dalam hadith, kita memerlukan pada saya, setakat pemahaman saya kita memerlukan dalil. Maka dalil itu tidak ada. Mungkin itu pandangan dan ijtihad sebahagian para ulamak seperti al-imam al-Ramli yang lebih mulia daripada kita, lebih alim daripada kita, tetapi para ulamak, apabila mereka tak datangkan alasan mereka, maka Wallahu Ta'ala Alam, zahir ataupun zahir hadith menunjukkan orang yang membaca surah Al-Kahfi walaupun dibahagikan kepada dua atau tiga bahagian untuk dibaca dalam satu hari Jumaat, bila dia sempurna membaca satu surah, maka dia telah melaksanakan anjuran yang disebut di dalam hadith. Wallahu Ta'ala