SDI 1595: Imam Teringat Tak Berwudhu Selepas Selesai Solat Jumaat

Soalan:

Selesai solat Jumaat tadi tiba² imam mintak semua jemaah tunggu. Rupa²nya imam lupa berwudhu, lalu imam bagitahu kami semua kena ulangi solat Jumaat. Apa pandangan ustaz?

Jawapan:

Imam yang terlupa berwudhu dan teringat keadaannya tidak berwudhu setelah selesai menunaikan solat Jumaat, tidak perlu memaklumkannya kepada makmum dan tidak perlu meminta makmum mengulangi Jumaat bersamanya kali ke-2. Hal ini kerana solat Jumaat makmum adalah sah.

Manakala bagi imam, dia wajib menunaikan solat Zohor bersendirian. Inilah pandangan sekumpulan ulama termasuk ulama mazhab Syafie dan Hambali.

Dalil dalam masalah ini ialah hadis Abu Hurairah RA dalam Sahih alBukhari, Nabi SAW bersabda:

يُصَلُّونَ لَكُمْ فَإِنْ أَصَابُوا فَلَكُمْ، وَإِنْ أَخْطُئوا فَلَكُمْ وَعَلَيهِمْ

Maksudnya: "(Para imam mengimamkan) solat bersama kamu, jika benar solatt mereka, maka pahala untuk mereka (para imam) dan untuk kamu (para makmum). Jika mereka tersalah, maka pahala untuk kamu (para makmum), manakala kesilapan dipertanggungjawabkan ke atas mereka (para imam)."


Cetak  
Wallahu a'lam