Soalan:
Ustaz, merujuk soal-jawab ustaz SDI 1595, soalan saya bagaimana pula jika Imam teringat dia lupa berwudhu ketika tengah solat Jumaat?
Jawapan:
Imam yang sedar dia lupa berwudhu ketika sedang menunaikan solat, sama ada solat Jumaat atau solat lainnya, wajib segera keluar dari mengimamkan solat. Setelah itu meminta salah seorang makmum di belakangnya menggantikannya menjadi Imam.
Untuk solat Jumaat, bagi mengelak timbul perbalahan, imam dinasihatkan memilih orang yang hendak dipilih menjadi imam itu adalah dari kalangan makmum di belakangnnya yang hadir dari awal Jumaat dan mendengar khutbah dari awal.