Soalan:
Salam ustaz. Semalam viral pasal isu anjing kencing dlm satu troli pasaraya dan menyebabkan hampir 500 troli di pasaraya itu terpaksa di samak. Adakah ini termasuk dalam seruan agama atau ianya berlebihan?
Jawapan:
Perbuatan itu satu kesilapan dan termasuk berlebih2an.
Tidak perlu disamak kesemua 500 troli di pasaraya tersebut.
Tidak ada keperluan melakukannya, kerana:
1) tubuh anjing yg kering bersentuhan dgn troli yg juga kering tidak memindahkan kenajisan kpd troli. Hal ini adlh ijma' ulama.
2) jika benar anjing itu kencing, maka yg perlu dibasuh ialah kawasan dan troli yg terkena air kencing tersebut shj. Sama sptmana klu seekor kucing yg kencing. Itupun jika najis kencing itu dpt dikesan. Jika x dpt dikesan, tak perlu mencari najis tersebut, biarkan shj kerana ia termasuk dlm perkara yg diberi kemaafan. Bukankah agama Islam tlh mmberi kemaafan terhadap kotoran jalanan yg kena pd pakaian spt ketika hujan bg mengelakkan kesukaran dan kesempitan ke atas umat Islam. Bukankah di jalanan itu tempat berkeliaran anjing dan berhimpun segala jenis kotoran? Justeru... Terimalah kemaafan dan kelapangan yg agama beri.
3) jika tiada sbrg bukti air kencing. Sbliknya ia hanya sekadar sangkaan. Maka berdasarkan kaedah perkara yg yakin (tiada najis) tidak boleh dihilangkan dgn keraguan (keberadaan najis).
Jadinya asal troli itu adlh suci, maka ia kekal sbg suci, melainkan stlh terbukti dgn jelas ada najis. Itupun jika ada yg perlu dibuat adlh dibuang najis dan dibersihkan kawasan yg kena najis shj.
4) jika kewujudan anjing dlm satu trolley mewajibkan disamak semua troly, maka wajib jugalah disamak keseluruhan pasaraya tersebut. Sudah tentu hal ini mustahil. Bukankah kita biasa dgr jibril pernah lewat datang menemui Nabi SAW disebabkan seekor anjing yg berada d bawah katil baginda. Stlh anjing itu lari keluar barulah jibril datang menemui baginda. Di dlm hadis tidak dinyatakan baginda menyamak seluruh Rumah baginda. Hadis ini Sahih, diriwayatkan oleh Imam Muslim.