Soalan:
assalamualaikum
Ana ingin p'jelasan,solat jemaah d'mesjeed ruang muslimah ada ruang t'pisah b'pintu sliding,apabila hendak mula solat b'jemaah, pintu dibuka kerana muslimat tidak dpt pahala berjemaah.apa kah benar hukum nya begitu?
Jawapan:
Ruang solat wanita yang terpisah dari imam dan memiliki pintu sliding yang boleh dibuka pada bila-bila masa oleh mana-mana jemaah, tidak menjadikan mereka terkeluar dari makna berjemaah. Oleh itu tidak semestinya pintu sliding tersebut perlu dibuka apabila hendak memulakan solat, Ia boleh dibiarkan tertutup kerana pintu tersebut tidak mengeluarkan mereka dari makna berjemaah. Ini kerana yang ditegah ialah solat di ruangan yang pintunya dikunci (الباب المسمّر) sehingga tidak boleh lagi dilalui ke ruangan dalam masjid. Dalam Mughniy al-Muhtaj 1/495 dinyatakan:
وَاعْلَمْ أَنَّ التَّسْمِيرَ لِلْأَبْوَابِ يُخْرِجُهَا عَنْ الِاجْتِمَاعِ، فَإِنْ لَمْ تَتَنَافَذْ أَبْوَابُهَا إلَيْهِ أَوْ لَمْ يَكُنْ التَّنَافُذُ عَلَى الْعَادَةِ، فَلَا يُعَدُّ الْجَامِعُ بِهَا مَسْجِدًا وَاحِدً
Maksudnya: “Ketahuilah bahawa mengunci pintu (antara jemaah yang berada di ruangan solat yang berbeza) mengeluarkan mereka dari makna berjemaah yang berhimpun jika tidak boleh dilintasi melalui pintu yang ada kepada imam atau laluan yang ada tidak dilalui menurut kebiasaan, maka orang yang berhimpun seperti itu tidak dikira sebagai berada dalam masjid yang sama.”