SDI 1608: Imam Terlupa Rukuk

Soalan:

ustaz, jika seseorang ni solat berjemaah bersama dengan imam, akan tetapi kalau imam tu terlupa rukuk pada rakaat pertama, selepas makmum dah tegur imam tu tapi imam tu tak kembali untuk rukuk, adakah makmum kena ikut imam atau mufarrakah?

Jawapan:

Jika benar imam terlupa dan tersilap, maka makmum tidak boleh mengikut kesilapan imam dalam meninggalkan rukun. Makmum hendaklah mengingatkan imam dengan menyebut
سبحان الله. Jika imam tidak kembali melakukan ruku', makmum yang yakin imam tidak rukuk tidak boleh mengikuti kesalahan imam tersebut. Makmum tidak semestinya segera mufaraqah, sebaliknya hendaklah makmum itu rukuk, setelah itu kembali mengikut imam. Perbezaan antara imam dan makmum seperti ini tidak membatalkan solat.


Cetak  
Wallahu a'lam