SDI 1612: Berhenti Lama Dalam Tahiyyat Akhir

Soalan:

ustaz, semasa duduk tasyahud akhir, seseorang ni dia berhenti dalam beberapa saat atau lama sebelum dia baca tasyahud akhir, adakah solatnya boleh terbatal jika dia berhenti terlalu lama sebelum baca tasyahud akhir?

Jawapan:

Tidak mengapa dan tidak membatalkan solat. Kata alSyeikh Zakaria alAnsori dalam Asna alMatalib 1/188:

وتعمد طول السكوت لا يضر كما مر فلا يسجد لسهوه

Maksudnya: "Dan sengaja berdiam lama tidak membatalkan solat seperti yang telah lalu penjelasannya dan tidak perlu sujud Sahwi."


Cetak  
Wallahu a'lam