SDI 1615: Masalah Haid Mula Tidak Normal

Soalan:

Assalamualaikum wrt, soalan saya.  bln 12 saya period normal
start 28/12 habis 6/1 (kebiasaan saya period 7/8/9 hari)

*Masalah bln 1*

22/1 - kluar setompok darah warna merah

23/1 - darah warna merah(dlm 3,4 titik je)

24/1 - lendir sikit je warna coklat pekat

25/1 - lendir sikit je warna kuning pekat

26/1 - lendir sikit je warna kuning cair seperti keputihan

27/1 - bersih (tak kluar apa2)

28/1 - bersih & mandi wajib

kiranya kluar darah tak cukup 24 jam tiba2..

4/2 - kluar lendir merah + coklat

5/2 - kluar lendir merah + coklat

6/2 - hari ni tak tahu lagi

sekiranya darah kluar tak cukup 24 jam dalam 15 hari jadi tidak dikira haid ye walaupun saya orang yg dah beradat haid ?

biasa saya haid darah kluar banyak untuk 3 hari pertama kluar darah

soalan saya:

1.adakah 22/1 tu dikira haidh?

2.sekiranya bukan haidh, adakah saya wajib qadha solat2 yang saya tinggalkan dalam tempoh tersebut?

Jawapan:

Darah yang keluar pada 22/1 telah melalui tempoh minimum suci. Oleh itu ia mungkin darah haid. Namun untuk kenal pasti ia haid atau bukan, ia mesti melepasi tempoh minimum haid iaitu sehari semalam atau 24 jam. Maksudnya ialah, darah yang mula keluar dari 22/1 itu, dalam tempoh 15 hari berikutnya apakah cukup 24 jam atau tidak. Jika cukup, maka semua hari yang didatangi darah dalam tempoh 15 hari dari tarikh 22/1 itu adalah haid. Jika tidak cukup 24 jam, maka semua cairan yang keluar adalah istihadhah.

Darah yang tidak sampai 24 jam dalam tempoh maksimum haid (15 hari), bukan haid sekalipun anda seorang mu'tadah. Justeru wajib qadha solat yang ditinggalkan kerana menyangka haid. Qadha solat menurut kemampuan.


Cetak  
Wallahu a'lam